selamat datang bintang jatuh

selamat datang bintang jatuh

Tuesday 29 May 2012

MARI BUAT ARCA...








APA itu ARCA?
- bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) utk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya...
- sealiran dgn seni bina, hiasan dalaman dan reka bentuk pentas....tetapi ada keistimewaannya yg tersendiri

Apa pulak paper mache atau papier mache?
- Paper mache berasal dari bahasa Perancis lama yang bermaksud kertas yang dikunyah atau dihancurkan sehingga lumat. Biasanya surat khabar laaaaa.

Ok jom kita hasilkan arca menggunakan paper mache....

Apakah bahan-bahan yang perlu disediakan.
1. Kertas - contohnya surat khabar yang dikoyak atau dicarik-carik. pastu rendam dan blend.
2. Gam kertas.
3. Warna - water colour, akrilik atau cat pun boleh
4. berus warna
5. blender
6. mangkuk
7. plastik pelapik

Awas!!! jgn gunakan mangkuk plastik n blender utk sediakan makanan...nanti keracunan makanan...

boleh buat pelbagai jenis bentuk dan benda dengan papier mache nie.CUBALAH...

Sunday 13 May 2012

LEMBARAN KERJA

Lembaran Kerja Bm Tahun3

Saturday 12 May 2012

Baju Tradisional Malaysia 2012

MaRi BuAt OrIgAmI





Fold both opposite end as shown.

Lipat kedua-dua penjuru bertentangan seperti dalam gambar.













Fold into half.

Lipat dua.









Open and fold quarter way down.

Buka dan lipat ke bahagian suku ke bawah.







It will look loke this.

Menjadikannya begini.





 Press the folding line you've made.

Tekan semula garisan yang telah terhasil.





Turn backward and fold like shown base on the line on the other side.



Pusing ke belakang dan lipat sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar berpandukan garisan yang ada di sebelah belakang kertas.








Turn back and fold into two.



Pusing kembali dan lipat dua.







Open fold to create the side of the box.

Buka kembali untuk membentuk sisi kotak.





Make another seven pieces just like this and assemble them together.

Lipat tujuh helai kertas lagi serupa seperti di atas dan cantumkannya.







If you find it is hard to assemble it together, use paper clip make it stay together. Once its joined together, it won't come off.



Jika anda mendapati ianya sukar untuk menyambungnya, gunakan klip kertas agar ianya tidak bergerak dan tercabut. Apabila selesai mencantum keseluruhannya, cantuman akan menjadi kuat dan tidak akan tercabut.







The flower on top of the box, function as the lock of the assembly. Try different kind of flower folding and you'll see the outcome. I'm sure you'll be surprise.

Bunga di atas kotak berfungsi sebagai kunci kepada catuman tadi, di mana cara lipatannya memainkan peranan sebagai pengunci. Cuba pelbagai teknik lipatan bunga tersebut dan anda tentu akan terperanjat melihat hasilnya.





HAVE FUN?........GEMBIRA TAK?........

Friday 4 May 2012

KSSR MUZIK: Rancangan Pengajaran Harian Muzik

KSSR MUZIK: Rancangan Pengajaran Harian Muzik: Contoh Rancangan Pengajaran Harian Muzik Mata Pelajaran dan Kelas Dunia Muzik 1 Bunga Raya Tajuk/Tema Tempo Masa 30 minit Standard ...

Tuesday 1 May 2012

VIDEO SAYUR LAWAN KACANG


TAHUKAH ANDA?

KHASIAT SAYUR-SAYURAN



2.1 Cili Merah Hindar Darah Beku

Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan buaga kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun. Cili merah kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis (Rajah 1).

2.2 Brokoli Hindar Osteoporosis

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium, di samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan (Rajah 2).

2.3 Tomato Cegah Barah Prostat

Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya Lycopersicon esculentum, juga merupakan sejenis sayuran yang digemari ramai. Ia lazat dimakan mentah atau dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Tomato yang juga berasal dari keluarga Solanaceae, kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang penting. Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pigmen merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene yang boleh mengurangkan risiko dikalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat. Kajian itu juga menyatakan bahawa dengan memakan 10 biji seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit itu sehingga 45 peratus (Rajah 3).

2.4 Bendi untuk Kecergasan Otak

Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan, bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung (Rajah 4).

2.5 Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser

Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan (Rajah 5).

    1. Bayam dan Nilai Perubatannya

Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Tumbuhan ini yang dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya, berdaun hijau yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti sayuran lain, bayam bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan dengan anemia. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian diminum dua kali sehari (Rajah 6).



2.7 Kucai Redakan Masalah Senggugut

Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut (Rajah 7).

Terong Pipit Untuk Hasilkan Pil Perancang

Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Biasanya dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian, terong pipit mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak pada kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit perut (Rajah 8).

2.9 Cekur Penawar Keracunan Makanan

Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal daripada spesies Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun yang tumbuh secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga putih dan ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia juga kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur dicampur dengan wiski untuk mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk kes keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah, batuk dan selesema (Rajah 9).

2.10 Daun Pasli Pulihkan Hipotensi

Pasli, tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting, kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan. Selain itu, pasli juga dikenal pasti dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak (Rajah 10).

2.11 Pudina bantu Penghadaman

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata " moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang boleh menjauhkan tikus.

Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi (Rajah 11).

2.12 Peria Penawar HIV

Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia, sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat selain untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang. Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV dan AIDS.

Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan menjalar yang agak pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan ada kalanya membalikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa kajian yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4 ini agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.

Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan bahawa dalam beberapa kes tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya meningkatkan tahap CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah menurun hingga ke paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria juga didapati berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan, penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "opportunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh.

Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas keberkesanan peria belum dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang terlalu tinggi. Namun ujian secara kecil-kecilan di makmal amat memberangsangkan. Sekumpulan pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus. Selain daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Para saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus (Rajah 12).


Monday 30 April 2012

TAHUKAH ANDA!!


Khasiat Minum Air Suam
Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.

Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
Seelok-eloknya minum air suam kerana air suam sangat baik untuk kesihatan. Air suam dapat melancarkan darah di dalam tubuh anda.

Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.

Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

PPSMI Diteruskan Sehingga 2021


Kebimbangan ibu bapa mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik berjaya dirungkaikan apabila Jemaah Menteri sebulat suara telah bersetuju dengan "soft landing" yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuarat mingguannya pada 4 Novembr 2011. Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa sesuatu perubahan dasar yang hendak dilaksanakan turut mengambil kira kepentingan rakyat dan dengan itu ia bukanlah satu perubahan yang tergesa-gesa sebagaimana dilihat oleh sesetengah pihak yang menilai perubahan dasar pendidikan sebagai percubaan tikus makmal.



Semasa menjawab soalan pihak media, Tan Sri Muhyidin Yassin setiap pelajar yang berada dalam kohort PPSMI, yang kini berada di Tahun Dua sekolah rendah hingga ke Tingkatan  Lima sekolah menengah dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran mereka sebagaimana telah ditentukan oleh pihak sekolah. Keputusan tersebut dengan sendirinya boleh menjawab polemik yang berlaku dalam masyarakat yang bimbang bahawa anak-anak mereka yang akan memasuki Tingkatan Satu pada tahun 2012 diwajibkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sebagaimana dikehendaki oleh surat pekeliling yang dikeluarkan sebelumnya. Bagi menentukan pelaksanaannya tidak menimbulkan sebarang masalah, menurut Timbalan Pedana Menteri satu pekeliling baru akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dalam tempoh terdekat.



Berikut ialah kenyataan akhbar yang telah diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya dan dihadiri oleh lebih 50 pertubuhan media dan sebelum itu seramai 400 orang warga Kementerian Pelajaran seluruh negara hadir dalam pertemuan khas untuk menjelaskan pelaksanaan "soft landing" itu. Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajabaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).



Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matemartik dan Sains. Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan "soft landing".



Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.Walau bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan bahasa secara mendadak.



Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan. Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ssehingga tamat Tingkatan 5.



Perlu diperjelaskan di sini, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pada tahun 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matermatik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa  Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009. Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.



Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas. Dengan pendekatan "soft landing" ini, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.


Bahasa Malaysia Sekolah Rendah




MATLAMAT

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri , memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu;
v. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik;
vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 60 perkataan;
vii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul;
viii. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian

ORGANISASI KURIKULUM - Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah:

a. Kemahiran Bahasa - merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku meliputi:
  • Kemahiran Mendengar - merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. 
  • Kemahiran Bertutur - merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. 
  • Kemahiran Membaca - merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. 
  • Kemahiran Menulis - merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.
b. Hasil Pembelajaran - pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

c. Sistem Bahasa - merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi, dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

d. Pengisian Kurikulum - Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran
kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai murni, serta patriotisme dan kew arganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...